SI kacak bergelar Baim Wong dari episod drama lagu mp3 radja seberang ini cukup sinonim dengan drama-drama download sinetron yang menghiasi kaca sinopsis televisyen kita seperti novel Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku dan terbaru Kejora dan Bintang.
Bersempena kunjungan pemilik nama sebenar pelakon Muhammad Ibrahim ini akhir ke Kuala Lumpur, Rabu lalu, bagi mempromosikan sinetron lirik youtube video terbaru itu, membuka ruang kepada Mingguan mStar untuk mendekati pemuda berusia 29 tahun ini.
Diajukan pertanyaan mengenai populariti dan perkara terbaik bergelar selebriti popular, pemuda berdarah Cina-Sunda ini pantas menyimpul senyuman sebelum menjawab.Kata Baim, bergelar insan popular dan diminati ramai memberikan satu kepuasan yang istimewa.
“Menjadi orang popular, saya tidak boleh mengelak daripada menjadi perhatian ramai. Saya gembira dengan keadaan ini cuma saya selalu beringat untuk bersikap rendah diri dan sopan.
“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada saya untuk berkunjung ke tempat lain seperti kunjungan ke Malaysia ini untuk mempromosikan kerja saya.
“Namun, yang paling bahaya apabila menjadi popular adalah sikap lupa diri. Saya takut apabila berubah menjadi lupa diri kerana pernah mengalami pengalaman hitam itu,” ulasnya.
Dek populariti mendadak yang dikecapinya selepas membintangi drama Benci Bilang Cinta (2006), dia pernah hanyut dan leka sehingga bersikap sombong dan lupa diri.
“Saya akui pernah lupa diri dan hanyut dengan populariti mendadak yang saya kecapi dalam sekelip mata selepas kejayaan drama tersebut.
“Ia boleh dianggap seperti kejutan budaya tapi mujurlah ada rakan yang menegur selepas melihat perubahan pada tingkah laku saya.
“Saya kembali sedar dan berubah seperti sediakala,” katanya yang terkejut dengan sokongan luar biasa peminat terhadapnya di Malaysia.
Bukan saja popular dan menjadi pujaan ramai khususnya para penggemar rangkaian drama lakonannya, Baim turut hadir di persada seni dengan pakej ekstra.
Punya wajah kacak, popular dan bergelar pengusaha rangkaian restoran Oh La La dan Bakmilicious di Jakarta, pakej tersebut pastinya mudah menawan ramai gadis.
Ironinya, hal itu tidak terjadi pada Baim. Apabila menyentuh soal cinta, nasib seakan kurang menyebelahi jejaka kelahiran Jakarta ini.
Dia yang pernah menjalin hubungan dengan aktres Marshanda dan Yeslin Wang sebelum ini masih keseorangan setelah kedua-dua perhubungan itu putus di pertengahan jalan.
Masih solo
Justeru, apabila diusik siapa bertakhta di hatinya kini, dengan serta-merta air mukanya berubah. Dalam kebingungan, Baim mengakui sehingga hari ini dia masih belum menemui calon terbaik.
“Sehingga hari ini saya masih solo dan terus mencari calon terbaik untuk dijadikan isteri. Umur saya pun sudah mencecah 30 tahun pada 2011 dan sudah bersedia untuk berkahwin.
“Malangnya, saya masih belum menemui wanita yang solehah, baik dan bersopan-santun. Itu ciri-ciri yang saya cari pada seorang wanita,” katanya.
Dalam sinetron Kejora dan Bintang sebanyak 72 episod itu, Baim menggalas watak Erlangga di samping pelakon Alyssa Soebandano, Rachel Amand, Lucky Perdana dan ramai lagi.
Ia bakal bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.30 petang bermula 25 Januari ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).
mstar.com.my
Jika mahu muat turun boleh guna real player percuma dengan google.
2 comments:
mak suka layan
my mom layan almost all cerita2 ni.. :P
Post a Comment