8.2.11

Terkini keputusan spm upsr papers pmr result cikgu guru sekolah malaysia!!

KUANTAN: Sepasang kembar di sini, Farisa dan Fardia Mohd Zaffa, bukan saja seiras dan tidak pernah berpisah sejak tadika, malah sama-sama menjadi pelajar cemerlang Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (Smart) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, yang diumumkan Terkini keputusan spm upsr papers pmr result cikgu guru sekolah malaysia semalam sebagai berita yang paling terbaik tahun ini untuk masa depan negara.

Dua beradik berusia 18 tahun itu memperoleh 9A1 daripada 11 mata pelajaran yang diambil. Farisa mendapat 9A1 dan 2A2, manakala Fardia mendapat 9A1, 1A2 dan 1B.

“Keputusan ini memang di luar dugaan dan membanggakan kami sekeluarga. Saya berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan yang sentiasa memberi dorongan,” kata Farisa ketika ditemui mengambil keputusan di sekolahnya, semalam.

Mereka adalah anak Pakar Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Mohd Zaffa Abdul Razak, 52, dan Rohani Awang, 46.

Kembar itu sering mengulang kaji bersama selama empat jam sehari, bermula jam 8.30 malam hingga jam 12.30 tengah malam.

Farisa berkata, walaupun sibuk dengan pelajaran, mereka turut aktif dalam kegiatan kokurikulum dan kedua-duanya memegang tali pinggang hitam taekwondo, selain gemar menonton televisyen dan berjoging apabila mempunyai kelapangan.

Selain itu, kembar berkenaan turut menganggotai persatuan pengakap dan aktif dalam sukan. Farisa bercita-cita menjadi ahli kaji bumi, manakala Fardia, yang agak pemalu dan pendiam, berhasrat mengikuti jejak bapanya sebagai doktor.

* Sumber Berita Harian (11.3.2005)
There was an error in this gadget

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...