13.4.11

Lady Gaga Terjatuh Tersungkur dan Terlentang Semasa Konsert...

Lawak juga baca berita baru pasal artis ini di surat khabar. Penyanyi Lady Gaga judas born this way terlentang di atas lantai selepas terjatuh dari piano yang terbakar dalam satu persembahan konser, malam semalam.
Cubaan penyanyi yang kerap mencetus kontroversi itu untuk melompat daripada alat muzik itu berakhir dengan tragedi apabila dia jatuh terlentang di atas lantai. 
Bagaimanapun, kejadian tidak disangka itu tidak menjejaskan penyanyi terbabit kerana dia tetap meneruskan lagu You And I dinyanyikan.
Gaga menhentakkan kekunci piano dengan kaki kirinya dan pada masa sama mengimbangi tubuhnya dengan kaki kanan di bangku.
Bnagku itu kemudian terjatuh menyebabkan dia terlentang ke lantai.
Mungkin penyanyi itu patut memikirkan semula untuk memakai but tumit tinggi ketika membuat persembahan selepas ini.
Kejadian itu berlaku di hadapan beribu-ribu peminat nya dalam konsert di Houston, Texas.
Petugas pentas dilihat bergegas untuk membantu penyanyi itu tetapi dia tak peduli dan meneruskan persembahannya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Saya berharap hal ini akan menjadi pelajaran yang baik untuk semua penghibur perlu ekstra hati-hati dan memakai kasut yang tepat ketika bernyanyi.
There was an error in this gadget

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...