24.4.11

Alien Makhluk Asing Ufo Dijumpai Lagi...

Sekarang ni banyak cerita pasal alien kan. Adakah makhluk asing ni semua wujud? Baru-baru gempak satu dunia bangkai mayat mereka berada di Russia dalam Youtube. Macam betul, tanpa kaki, tangan dan yang lain tu kecik saja, macam kurang makanan vitamin. Berani juga kalau saiz ketot ada peluang nak gaduh hempap. Jangan lah mula datang ramai-ramai macam pendatang, nak cari kerja juga ke, mungkin ekonomi dah kurang, nak cari tempat baru.

Kenapa badan mereka macam bentuk separuh binatang, nampak geli pun ada. Macam mana nak terima mereka, sebab tu kita tak pernah juga. Macam kita sama-sama takut, berbeza sangat, dengan mata besar, bentuk kepala, kulit, jari dan telinga pelik halus dan aneh. Mungkin ramai yang tersilap, ingatkan toyol, ada juga iras-iras juga. Semenjak kebelakangan ni, ada banyak kes penemuan ufo, malah dekat Indonesia rusia di planet Marikh dan Jepun baru-baru ni pun ada pasal dekat ladang sawah padi dan semasa tsunami pun kelihatan.

Mari kita sama-sama renungkan dan fikir secara rasional menurut islam apa kah semua ini. Adakah planet lain di dalam bahaya, sampai mereka pun berhujrah ke sini atau mereka ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada manusia. Sekiranya sesiapa yang terserempak atau terjumpa, jangan lari atau asyik nak bakor jer, kita mesti berani dan ambil iktibar untuk mendekati mereka. Kita pun juga ingin tahu sesuatu dari mereka, walaupun bahasa kita tentu berbeza, tapi ingin tahu bagaimana pemikiran dan teknologi mereka yang begitu canggih. Mungkin mereka tahu bagaimana nak mengguna kenderaan tanpa menggunakan petrol atau alat komunikasi lebih hebat dari internet. Bayangkan peluang yang hebat ini, so kita tunggu, nanti ada maklumat baru sebab gayanya mereka semakin mendekati.
There was an error in this gadget

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...