Hari ni adalah hari yang sedih sebab kasut Nike coklat kesayanganku hilang kena curi pencuri penyangak. Bukan apa, sayang sangat sebab bila pakai memang selesa dan dah setahun guna. Sekarang ni orang dah meningkat terdesak ke sampai pakai ambil saja. Selama ni bila letak luar tak ada pun ada kes mencuri kecurian, tiba-tiba saja melesap. Kasut ni dah lama tak basuh, siapa yang pakai tu nanti terkena penyakit kudis pula, dah naya pula kan. Tak berbaloi buat jahat, nanti ada balasannya.
Jika ada sesiapa ternampak kasut seperti dalam gambar, tetapi nampak macam dah setahun pakai sedang dipamerkan atau dijual, berhati-hati sebab ini adalah mungkin barang curi, nanti ada kes. Kalau jumpa ada kawan atau sesiapa memakainya terutama sekitar Selangor, tanya dimana dia dapat, mana tau orang tersebut adalah suspek yang dikehendaki. Lepas ni tak akan letak kasut yang berharga RM200 ke atas diluar, dah serik ok. Hanya tinggal yang selipar buruk saja, kalau ambil pun tak ada harga.
Harap member-member blogger diluar sana boleh sampaikan maklumat ini supaya tahu siapa punya kerja bodoh ini. Nasihat kepada semua, berhati-hati sekarang sebab mereka dah sanggup rembat barang di hadapan rumah tanpa segan silu. Ingat, hanya tinggal benda yang tiada nilai dirumah. Kunci pintu baik-baik, sakit hati nanti kalau kita cuai, ada member sampai hilang laptop dan wang barang hadiah perkahwinan. Kesiankan, sampai sekarang dia sanggup tungkus lumus berusaha nak bangun balik. Ada rasa lega juga sebab hanya sedikit yang dikebas, tetapi dah tiba masa untuk semua berjaga-jaga dirumah anda.