31.3.11

Kes Pencuri Perompak Yang Curi Kasut??


Hari ni adalah hari yang sedih sebab kasut Nike coklat kesayanganku hilang kena curi pencuri penyangak. Bukan apa, sayang sangat sebab bila pakai memang selesa dan dah setahun guna. Sekarang ni orang dah meningkat terdesak ke sampai pakai ambil saja. Selama ni bila letak luar tak ada pun ada kes mencuri kecurian, tiba-tiba saja melesap. Kasut ni dah lama tak basuh, siapa yang pakai tu nanti terkena penyakit kudis pula, dah naya pula kan. Tak berbaloi buat jahat, nanti ada balasannya.
Jika ada sesiapa ternampak kasut seperti dalam gambar, tetapi nampak macam dah setahun pakai sedang dipamerkan atau dijual, berhati-hati sebab ini adalah mungkin barang curi, nanti ada kes. Kalau jumpa ada kawan atau sesiapa memakainya terutama sekitar Selangor, tanya dimana dia dapat, mana tau orang tersebut adalah suspek yang dikehendaki. Lepas ni tak akan letak kasut yang berharga RM200 ke atas diluar, dah serik ok. Hanya tinggal yang selipar buruk saja, kalau ambil pun tak ada harga.
Harap member-member blogger diluar sana boleh sampaikan maklumat ini supaya tahu siapa punya kerja bodoh ini. Nasihat kepada semua, berhati-hati sekarang sebab mereka dah sanggup rembat barang di hadapan rumah tanpa segan silu. Ingat, hanya tinggal benda yang tiada nilai dirumah. Kunci pintu baik-baik, sakit hati nanti kalau kita cuai, ada member sampai hilang laptop dan wang barang hadiah perkahwinan. Kesiankan, sampai sekarang dia sanggup tungkus lumus berusaha nak bangun balik. Ada rasa lega juga sebab hanya sedikit yang dikebas, tetapi dah tiba masa untuk semua berjaga-jaga dirumah anda.

10 comments:

suri said...

hai..
cam ner blh ilng tu..

mesti letak tmpat kasut tak strategik..tu org curi huu...

doa byk2..ni kan mlm jumaat mana tau kasut dot semula :)

suri said...

setiap yg hilang tu pasti Tuhan akan menggantikan yg baru..

percayalah..

aktechpage.com said...

Huh kasut harga RM200 lebih !!!
Sepanjang idup aku x penah pakai lg hargu semahal ni... plg mahal pun Bawah RM100 jee...

Cerita Cinta Melayu Sejati said...

Nasihat yang baik suri dan ok dulu suka berbelanja terlebih, kena berhati-hati sekarang ni.

tehr said...

kalau dapat pencuri tu
bagi je makan sup kasut

lain kali memang perlu hati2
mereka hanya tunggu peluang je

ladyzamea said...

baru smlm red wing boot suami sy hilang...lupa bawak masuk umah!!!


P/s:pas ni nak kena simpan kasut dlm rumah..hehe

etomyam said...

wah tu dah kira advance punya penyamun tu

mie said...

kes ni dimana2 saja pun terjadi..
eheheeee

akubiomed said...

Rembat kasut dimana pun berlaku. Kalau solat Jumaat pun ada yang rembat ahli jemaah.

Duit bertabur dan beras bertabur atas highway pun orang rembat

Zik said...

tak tahu apa aku nak bagitahu... sedihnya... huhu, apepun sabarlah ek.

There was an error in this gadget

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...