LOS ANGELES: Penyanyi terkemuka Whitney Houston, meninggal dunia pada hari Sabtu.
Menurut publisisnya, Kristen Foster, lokasi dan sebab kematiannya belum dikenalpasti.
Houston terkenal dengan lagu-lagu seperti "How Will I know you," "Saving All My Love for You” dan “I Will Always Love You."
Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah Grammy. - AP
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Wh...ldunia/Article
13.2.12
Whitney Houston I Will Always Love You Meninggal Dunia
Labels:
penyanyi,
whitney houston
Keputusan Maklumat Tarikh Pilihanraya Umum PRU Ke 13 2012
Di sini ada keputusan maklumat tarikh pilihanraya umum PRU ke 13 2012 yang dapat dari sumber forum ada yang mengatakan ia akan diadakan bulan Mac, ada yang katakan tahun depan pula. Mana satu pun tak tahu kepastian sumber yang betul tulen, hanya dengar khabar angin sana sini. Hanya teori sahaja tetapi akan di update siapa akan menang bertanding, ramai menteri nak dicalonkan tak pasti siapa hanya tunggu dan lihat. Terutama negeri seperti Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Pahang, Melaka nak tahu juga sebab masih menunggu lagi.
Jadi jika anda nak mengundi, perlu ada kelayakan boleh semak di laman yang ada untuk semakan. Memang anda pilih mana pun adalah rahsia diri anda. Teringat masa lampau bila perlu beratur panjang menunggu giliran, suasana sungguh meriah dan seronok tengok begitu ramai orang, ada yang tua, ada yang muda, macam-macam ada. Yang betul menakjubkan ada orang yang kurang upaya pun bertungkus lumus datang dari jauh juga. Ini ada lah suatu sejarah untuk kita semua 1Malaysia menjadi teladan untuk remaja masa akan datang.
Bukan semua berpeluang menghadapi semua ini, ada yang tak sempat, ada yang sempat sebab ajal maut di tangan tuhan, jadi ambil kesempatan semasa umur masih panjang. Semoga semua berjalan lancar tiada sebarang masalah gangguan melakukan tanggung jawab masing-masing. Jangan lupa untuk menanda dengan betul sebab kalau rosak nanti buang masa saja, tidak boleh digunakan. Jika arwah bapa saya masih ada, pasti dia akan pergi juga, sebab dia seorang yang beramanah dan sanggup berkorban untuk bangsa dan negara. Semoga kita semua dirahmati dan selamat menghadapi semua dengan mudah.
Labels:
johor,
piliharaya
Kumpulan Samseng Bertempur Bergaduh
KUALA LUMPUR - Ibarat babak pergaduhan dalam filem KL gangster, penduduk Flat Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya, cemas apabila dua kumpulan dipercayai samseng bertempur bergaduh di pekarangan Blok L, pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, pada kejadian tersebut, seorang lelaki cedera di rusuk kiri dipercayai dilibas menggunakan senjata tajam.
“Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.50 pagi.
“Lelaki tersebut terbaring di atas jalan ketika polis tiba sebelum di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan, polis masih menunggu laporan perubatan dan me*nyiasat motif kejadian,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian yang melihat detik cemas berkenaan, Hamsah Samiri, 54, berkata, dia segera pulang ke rumah apabila salah seorang penduduk menghubunginya memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Saya mendapati beberapa orang bersenjatakan pedang samurai dan kapak sedang bertempur, salah seorang daripadanya berlumuran darah akibat ditetak di kepala, kemudian melarikan diri bersama rakannya,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an remaja turut bermandi darah akibat terkena libasan pedang samurai.
“Lelaki itu cuba menyelamatkan diri dengan berlari sejauh 30 meter ke kediaman di tingkat dua flat berkenaan bagi meminta bantuan, saya segera menghubungi ambulans apabila dua kumpulan terbabit beredar dari kawasan itu.
“Mujurlah suasana kecoh itu tidak mengganggu persiapan majlis perkahwinan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/...tempur-1.23488

Pelacur Asing China Vietnam Maksiat Dominasi KL
KUALA LUMPUR - Dua pusat hiburan dan sebuah restoran yang menjalankan kegiatan pelacuran dan dimonopoli wanita warga asing maksiat, diserbu polis awal pagi kelmarin menerusi Ops Noda yang dijalankan di Serdang, Jalan Pudu serta Bukit Bintang dominasi KL.
Seramai 103 pelacur warga asing dicekup dalam serbuan serentak bermula jam 1 pagi, melibatkan 25 pegawai dan 50 anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Pudu, seramai 39 wanita warga China ditahan kerana menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang datang makan di premis terbabit.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di sebuah pub di Serdang, seramai 22 wanita Vietnam termasuk seorang warga Uganda dicekup, manakala 42 wanita Thailand yang menjadi penari dan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan ditahan di sebuah kelab malam di Jalan Bukit Bintang.
Semua pelacur ditahan berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun itu dikesan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan kebanyakan mereka gagal me*nunjukkan dokumen pe*ngenalan diri masing-masing ketika diperiksa.
Ketua Penolong Pengarah D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya melakukan operasi besar-besaran itu selepas memperoleh maklumat berhubung aktiviti haram di ketiga-tiga premis terbabit.
Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan wujudnya pembahagian kawasan bagi aktiviti tidak bermoral itu yang hanya dimonopoli oleh pelacur dari negara tertentu.
“Pelacur dari Thailand dilihat mendominasi aktiviti pelacuran di kawasan Bukit Bintang, manakala wanita China dan Vietnam, masing-masing banyak menguasai di kawasan Pudu dan Serdang Perdana.
“Hasil soal siasat mendapati wanita asing ini mengenakan bayaran serendah RM150 hingga RM300 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks daripada mereka,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa sebarang dokumen sah dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/...asi-kl-1.23484

Subscribe to:
Posts (Atom)