13.2.12

Kumpulan Samseng Bertempur Bergaduh

KUALA LUMPUR - Ibarat babak pergaduhan dalam filem KL gangster, penduduk Flat Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya, cemas apabila dua kumpulan dipercayai samseng bertempur bergaduh di pekarangan Blok L, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, pada kejadian tersebut, seorang lelaki cedera di rusuk kiri dipercayai dilibas menggunakan senjata tajam.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10.50 pagi.

“Lelaki tersebut terbaring di atas jalan ketika polis tiba sebelum di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan, polis masih menunggu laporan perubatan dan me*nyiasat motif kejadian,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang melihat detik cemas berkenaan, Hamsah Samiri, 54, berkata, dia segera pulang ke rumah apabila salah seorang penduduk menghubunginya memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Saya mendapati beberapa orang bersenjatakan pedang samurai dan kapak sedang bertempur, salah seorang daripadanya berlumuran darah akibat ditetak di kepala, kemudian melarikan diri bersama rakannya,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an remaja turut bermandi darah akibat terkena libasan pedang samurai.

“Lelaki itu cuba menyelamatkan diri dengan berlari sejauh 30 meter ke kediaman di tingkat dua flat berkenaan bagi meminta bantuan, saya segera menghubungi ambulans apabila dua kumpulan terbabit beredar dari kawasan itu.

“Mujurlah suasana kecoh itu tidak mengganggu persiapan majlis perkahwinan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/...tempur-1.23488
 
 

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...