13.2.12

Keputusan Maklumat Tarikh Pilihanraya Umum PRU Ke 13 2012

Di sini ada keputusan maklumat tarikh pilihanraya umum PRU ke 13 2012 yang dapat dari sumber forum ada yang mengatakan ia akan diadakan bulan Mac, ada yang katakan tahun depan pula. Mana satu pun tak tahu kepastian sumber yang betul tulen, hanya dengar khabar angin sana sini. Hanya teori sahaja tetapi akan di update siapa akan menang bertanding, ramai menteri nak dicalonkan tak pasti siapa hanya tunggu dan lihat. Terutama negeri seperti Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Perak, Pahang, Melaka nak tahu juga sebab masih menunggu lagi.

Jadi jika anda nak mengundi, perlu ada kelayakan boleh semak di laman yang ada untuk semakan. Memang anda pilih mana pun adalah rahsia diri anda. Teringat masa lampau bila perlu beratur panjang menunggu giliran, suasana sungguh meriah dan seronok tengok begitu ramai orang, ada yang tua, ada yang muda, macam-macam ada. Yang betul menakjubkan ada orang yang kurang upaya pun bertungkus lumus datang dari jauh juga. Ini ada lah suatu sejarah untuk kita semua 1Malaysia menjadi teladan untuk remaja masa akan datang.

Bukan semua berpeluang menghadapi semua ini, ada yang tak sempat, ada yang sempat sebab ajal maut di tangan tuhan, jadi ambil kesempatan semasa umur masih panjang. Semoga semua berjalan lancar tiada sebarang masalah gangguan melakukan tanggung jawab masing-masing. Jangan lupa untuk menanda dengan betul sebab kalau rosak nanti buang masa saja, tidak boleh digunakan. Jika arwah bapa saya masih ada, pasti dia akan pergi juga, sebab dia seorang yang beramanah dan sanggup berkorban untuk bangsa dan negara. Semoga kita semua dirahmati dan selamat menghadapi semua dengan mudah.

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...