22.12.10

Lisa Surihani Seksi...

WAJAH PELAPIS: Farid, Intan Ladyana, Pierre dan Lisa
menguatkan i'm not single.

WAJAHNYA sudah lama menemani penonton dan farid kamil di layar kaca. Cuma, barangkali namanya belum begitu mesra di kalangan pencinta seni kerana gadis yang lebih gemar merendah diri rendah ini lebih rela menyerahkan segenap ruang waktunya untuk pelajaran.
“Dulu mungkin saya keliru memilih haluan yang ingin dilalui, namun sekarang minat terhadap seni sudah semakin bercambah. Cuma sebab Lisa Surihani seksi masih mempunyai tanggungjawab sebagai penuntut, saya utamakan dulu pelajaran.

“Saya akui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan masa menggalas dua tanggungjawab serentak dan biasanya, setiap kali menerima tawaran saya akan berbincang dengan keluarga. Andai ada percanggahan jadual, selalunya saya akan bertemu pentadbir kolej untuk memberitahu mengenainya.

“Antara minat dan pelajaran, kedua-duanya memerlukan tolak ansur. Pada permulaan dulu agak sukar untuk membahagikan masa, namun kini saya sudah biasa menyesuaikan diri. Yang penting pengurusan masa dan fokus,” kata gadis yang turut dikenali sebagai aktres, pengacara dan peragawati iklan ini.

Mula dikenali menerusi pembabitannya dalam lakonan komersial, permulaan Lisa melangkah sebagai pelakon ketika berusia 11 tahun cuma kebelakangan ini. Sejak membintangi Goodbye Boys kehadirannya semakin disedari.
Kerap dia memanjatkan doa supaya perjalanan seninya sentiasa dirahmati, berlangsung sempurna tanpa diganggu gugat anasir yang boleh merosakkan nama baiknya.

“Setiap kali diberikan tugas, hanya satu sering saya fikirkan iaitu memberi yang terbaik kepada tanggungjawab yang diamanahkan. Saya tidak memikirkan mengenai kesan yang bakal dibawakan. Glamour atau tidak, saya tidak terlalu mahu mengambil tahu mengenainya.

“Semua itu saya serahkan kepada Allah. Jika peminat menyukai lakonan saya, alhamdulillah. Itu bermakna Tuhan membukakan pintu rezeki-Nya untuk perjalanan karier seni saya. Saya seorang yang percaya kepada rezeki dan ketentuan Allah,” kata gadis berusia 21 tahun yang sentiasa positif melihat kehidupan.

Menyukai membaca, mendengar muzik dan melayari internet ketika waktu terluang, nama Lisa sebenarnya sedang mekar dalam bidang pengacaraan.

Gadis yang petah berbicara, namun mudah didekati dan tidak sombong ini pernah melayari bakatnya sebagai pengacara menerusi program X-Fresh TV (Astro), Down Memory Lane, Hello 2006 dan Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM) serta Nestle Space Challenge dan Whoa (ntv7).

Program terbaru kendaliannya, Expresi bakal menemui penonton tidak lama lagi. Dia juga pernah membintangi drama serta sitkom Ayah Kami, 3R, Jeff’s Place, Mystery 6 serta pembikinan klip video Zahid, Milikku selain pementasan www.puterigunungledang.com.my.

Dalam filem kedua arahan pengarah muda, Pierre Andre yang sedang menjalani penggambaran di Bukit Fraser, Pahang, I’m Not Single, Lisa memegang watak utama sebagai Maya.

“Ini filem pertama saya memegang watak utama,” katanya, mengakui gemar mencuba dan tertarik untuk mencuba apabila diundang ke sesi uji bakat filem itu.

Membariskan Intan Ladyana, Awal Ashaari serta Farid Kamil sebagai bintang utamanya, Lisa berkata, filem memberikan pengalaman cukup berharga biarpun kebanyakan mereka agak baru terbabit dalam dunia lakonan.

Bercerita mengenai Pierre, gadis berbintang Aries ini berkata, dia selesa bekerja di bawah pengarah muda. Lebih-lebih lagi anak kepada aktres Khatijah Tan ini memberi kebebasan kepadanya untuk mencorakkan sendiri watak Maya.

“Dia lebih senang melihat kita mencuba terlebih dulu. Jika ada sesuatu yang tidak kena, baru dia menegur. Dia tahu apa yang dimahukan. Paling disukai, perjalanan filem ini menyeronokkan dan mengapa tidak saya mencuba,” katanya.

2 comments:

fadhdeela said...

suka lisa!! cantekk!!

Meh singgah: Keracunan Makanan!!

SiLabiLabi said...

cantik..

hehe

Join Contest & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

LabiLabi da follow kamu

There was an error in this gadget

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...