7.9.11

Tips Petua Cara Mudah Buang Air Besar!!

Anda ada masalah nak buang air besar berak, di sini ada tips petua supaya mudah dan berkesan. Setiap hari kita perlu mengeluarkan toksin di dalam badan. Sekiranya kekotoran tidak dikeluarkan, badan mudah dapat penyakit dan ketidakselesaan akan berlaku. Apakah sebabnya berlaku begini? Kadang kala keadaan persekitaran memainkan peranan. Jika kita tidak biasa dengan tempat tertentu, memang ia menyusahkan. Maka di sini saya ingin membantu semua supaya mudah mengatasai masalah sembelit ini.

Yang pertama kita perlu banyak minum air, terutama pada waktu pagi, kumuh dan telan. Ia membantu mempercepatkan proses penghadaman. Aktivti sukan pun baik melancarkan peredaran darah dan menstabilkan organ-organ badan supaya semua lancar dengan baik.

Selain dari itu, anda boleh juga mengambil minuman seperti susu, kopi atau teh boleh dapat mengeluarkan kotoran najis dari badan. Makanan seperti pisang juga baik. Bila kekotoran semua keluar dengan mudah setiap hari, badan akan lebih segar dan kita rasa lebih bertenaga dan ceria menghadapi waktu harian kita.

Yang terakhir, kita perlu berdoa dan minta izin tuhan supaya makanan kita mudah hadam dan minta pertolongan dapat kesihatan yang baik dan jauhi dari kesusahan malapetaka. Semoga anda berjaya mengatasi masalah ini dan dapat memberi bantuan menyelesaikannya.

1 comment:

dnobBiz said...

yang pasti ambil serat yang mencukupi..

Share It

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...