Keputusan paling terkini terbaru dan panas protege mentor vs akademi fantasia sentiasa mendapat informasi untuk anda semua. Penyanyi sekarang memang hebat belaka, semua pakej lengkap dengan tarian yang dan gimik yang menarik.
Biodata Protege Mentor 5
Salma
Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Umur : 21
Asal: Tawau, Sabah dan anak kelapan dari 9 adik-beradik.
Kenapa Mentor?
Semestinya Salma menyertai Mentor kerana minat dalam bidang nyanyian.
"Saya akan mengambil peluang ini untuk berusaha bersungguh-sungguh dan buktikan bahawa saya bakal menjadi Juara Mentor. Terima kasih kepada Mentor saya, Erra Fazira kerana memberi saya peluang menjadi Protégénya"
Ayish
Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Umur : 21
Ayish, gemar bermain bola sepak dan sering ke gym untuk menjaga stamina dan juga struktur badan. Bermula dengan bermain gong di sekolah menengah semasa berusia 15 tahun, dari situla permulaan Ayish dalam bidang nyanyian setelah mencuba untuk menyanyi di sekolah.
“Saya mahu menjadi Juara sekali gus membuktikan kebolehan saya dalam nyanyian dengan tunjuk ajar serta bimbingan Mentor saya, Noh dan semestinya ingin menjadi penyanyi yang berjaya”
Iqa
Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Umur : 25
Dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Pengurusan Pentadbiran. Suka bermain gitar dan bass and juga meminati bidang lakonan. Pernah mengadakan beberapa persembahan gig.
“Ingin maju setapak kehadapan dan menjadi yang terbaik, berbekalkan tunjuk ajar, dan didikan Mentor saya, Edry dan sudah pasti bergelar Juara Mentor musim ini”
Ratnah
Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Suka membaca novel di waktu lapang dan kebanyakan koleksi adalah berbahasa Inggeris. Menari juga adalah sebahagian dari hidup saya selain nyanyian kerana ia penting untuk menjaga kesihatan dan stamina.
“Harapan saya adalah untuk bergelar Juara Mentor dan memenangi RM100,000! Saya akan menggunakan peluang saya untuk menimba ilmu dan pengalaman dari Afdlin Shauki dan juga tenaga pengajar yang lain. Saya ingin menjadi penghibur yang berjaya satu hari nanti”
Shiha
Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Umur : 24
Shiha, di lahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang sering bermain boling atau pergi karaoke di waktu lapang. Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur kira-kira 6 tahun lalu.
“Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Saya akan menggunakan platform sebaik mungkin supaya saya boleh memenangi pertandingan ini!”
Aiman
Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Umur : 22
Selain menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.
“ Saya ingin menambahkan pengetahuan saya tentang muzik dan nyanyian dari Mentor saya, Rahim Maarof dan ingin menjadi seorang penyanyi yang Berjaya”
sumber: Senarai Peserta Protege Mentor 5 TV3 | Video
Jom vote mana lagi best+power....berdasarkan konsert Mentor 5 selama ni...aku tgk smuanya bgus2...kalo nak dibandingkan ngan AF9 ni...dahla konsert 1 hrtu hampeh jek....stage kecik...pngkritik ntah pa2...overall,Mentor 5 lagi bgus dr AF9..tp,tgkla nnt pas habis progrm ni..sape lagi faymes..
nk banding2 kn pun susah sbb konsep pn lain kan..
peserta mentor sbnrnya lg beruntung
sbb mentor dorg betul2 bg tumpuan sepenuhnya kt dorg
x yh share2 cikgu.. kalo x best mmg x ptt
af lak dorg mcm msk kelas..
sape cpt blaja, mmg ade kelebihan..
pape pn af9 ni series x best.. boring tgk konsep yg dah dtukar tuh
bdk2 dia pn cam perasan dah glamer sbb konsep yg mcm gtu..
k2.. mek tersalah.. tp mcm mek tulis kat page 2 mek tu la..
mentor 5 lbh better peserta dia.. af9 ni cam giler glamor jer..
mek siap ckp padan muka konsert 1 dah ada yg terkeluar.. biar dorg ni lbh serius..
kalu x memain jer & fefeeling popular.. kohser lah!!
Paknil ttp the best...AF9 ni mybe sbb byk bende berubah...so,nampak lain bebenor...x semeriah AF dlu2..dahla dorg duk umah kaca...smua sempit2...umah kaca sempit,stage sempit...lagu tugasan sempit..poket ASTRO pon sempit gak..Xde budget agaknye.
AF9 ni patut bior je ahmad dhani jadi pengetua baru gigih sikit nak mengkritik dan menonton. Nak kritik Amy Search tak sampai hati dan langsung takde mood nak tengok langsung. Kalau buhsan pun boleh salahkan Indon kekdahnya kalo amik ahmad dhani haritu.
AF9 patut kembali ke konsep af2 dulu, budak suma dikuarantin,xde kuar2 langsung..
pastu konsert plak buatlah kt dewan besar sket...rasanya kalo panggil balik kudsia oke x? kritikan dia bernas sbnrnya..
paling penting,imej artis/peserta mestilah kemelayuan,sedar atau tidak,artis2 top di msia spt dato ct,mawi,sharifah aini,ziana, even yuna diterima kerana imej dan personaliti mereka yang mewakili org2 melayu..walaupun muzik yuna xbrp nk melayu tp imej dia tuh buat org terima kn?
Artis2 yg berangan nk conquer pasaran antarabangsa sbnrnya yg byk lingkup dan xkemana2 wpun bakat mmg besar,contohnya ning,dayang,sarah, farhan, noryn (tp makcik nie dh berubah haluan, so dh aim international sgt kot) etc..
jadi kesimpulannya, utk artis2 baru, buatlah planning dan aim yang reasonable,kalo nk conquer nusantara tuh pun dh cukup bagus sbnrnya..
No comments:
Post a Comment