Hari ini saya akan memberitahu suatu rahsia cara meningkatkan aura minda untuk berjaya pada semua supaya dapat menafaat tips ini supaya rakyat kita semakin berjaya. Pernahkah anda rasa ada waktu semuanya dalam keadaan huru hara dengan masalah masa depan dan rumah tangga yang penuh dengan dugaan. Setiap orang akan mengalami tekanan dan gangguan tersebut, ada yang melakukan cara yang mudah atau salah. Pernahkah anda tercari-cari mana peluang bisnes, rumah, memilih calon suami isteri atau pekerjaan yang sesuai. Ada yang tersilap buat pilihan dan akhirnya merugikan masa depan mereka. Kita semua tahu paling terbaik adalah berdoa supaya dapat hidayah petunjuk dari tuhan yang maha esa.
Selain dari itu, mengikut cara saintifik pula, boleh melakukan meditasi separa sedar untuk mendapat jawapan yang terbaik. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan seperti dalam buku Silva Mind Control di mana anda boleh relaks kan diri ke alam alfa. Bila kita dalam keadaan separuh tidur dan sedar, kita boleh meningkatkan aura atau meminta panduan apa yang kita perlukan. Ia adalah seperti hipnosis bila seseorang mendapat jawapan setelah mententeramkan diri ke alam relaksasi yang tinggi. Ada banyak bukti dan petunjuk bahawa ramai telah dapat melakukan benda-benda yang ajaib dan aneh seperti menahan kesakitan, boleh mendapat kekuatan luar biasa, mendapat ilham, kebal dan lain-lain bila kita tahu menggunakannya. Sebab itu ramai pakar-pakar, saintis, pencipta telah berjaya mendapat idea bila mereka sedang bersantai, mendengar muzik atau dalam keadaan tenteram.
Cara ini seperti kerja yang lain perlu banyak kesabaran dan di praktik kan sebanyak mana yang boleh. Tiada seorang yang berjaya, boleh mencipta sesuatu sekelip mata. Seperti Thomas Edison telah usaha beratus-ratus kali dan bertahun-tahun untuk mencipta lampu. Kita tak perlu menunggu begitu lama, sebab ilmu mudah di dapat sekarang. Kita hanya perlu mencari dan sentiasa ambil tahu cara yang terbaik sebab semua orang berbeza. Ada yang lebih suka ikut cara tersendiri atau mencipta cara tertentu mengikut idea masing-masing. Saya sendiri telah mencipta sendiri dengan ilham yang dapat untuk mendapat kejayaan. Di sini adalah cara mula atau basic supaya anda faham bahawa jika kita hendak berjaya, kita semua boleh melakukannya, dan percaya rezeki akan datang melimpah. Tiga perkara paling penting adalah bermula dari imaginasi seperti, kedua fikirkan seperti dan melakukan seperti.....dan itu akan membawa anda kejayaan.
Akhirnya, kita semua perlu berhati-hati apa yang kita suka bercakap dan melihat. Ada segelintir yang suka melihat benda yang ganas, merbahaya atau lucah seperti banyak di internet. Jika diri anda tidak dapat terkawal, anda mudah terperangkap dan terikut dengan keadaan tersebut. Jika terlalu kerap ia akan mengganggu masa depan anda. Elak kan atau berhenti sekarang sebelum terlambat. Seperti cerita hantu, jika anda terlalu kerap melihat video wayang hantu, anda akan jadi lemah semangat dan mudah terganggu sampai anda boleh melihat hantu di mana-mana sebab gangguan hantu telah memasuki subconscious anda supaya anda terima gangguan fikiran. Seperti anda telah di hipnosis melihat sesuatu yang bukan realiti yang sebenar.
No comments:
Post a Comment