21.12.10

Masaalah Tetek Payu Dara Melayu???

KURANG kesedaran di kalangan wanita terhadap pentingnya pemeriksaan payu dara coli dara sebahagian punca peningkatan kes barah berkenaan.
Malah, wanita Tetek Melayu dikatakan kurang prihatin terhadap kepentingan pemeriksaan payu dara berbanding kaum lain di negara ini.
Menurut Pakar Pembedahan Pusat Pakar Payu Dara, Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Dr Patricia Alison Gomez, kebanyakan kes yang dirujuk sudah agak lewat membuatkan mangsa tidak dapat diselamatkan.
“Kajian berdasarkan kaum mendapati Cina dan India mempunyai kesedaran tinggi dalam melakukan pemeriksaan awal untuk mengesan barah berkenaan berbanding wanita Melayu.
“Wanita Melayu agak terlewat dalam melakukan pemeriksaan secara berkala bahkan jika ada, ramai di kalangan mereka tidak boleh menerima hakikat mereka berisiko mendapat barah payu dara pada tahap yang dianggap kritikal itu.
“Segelintir mereka lebih suka berubat secara tradisional berbanding perubatan moden.
Apabila sudah agak berbahaya, barulah mereka mendapatkan semula rawatan di klinik. Mungkin ketika itu keadaan sudah agak parah dan payu dara tidak dapat diselamatkan.
“Sebaiknya, mereka wajib melakukan pemeriksaan kerap sama ada mengesan sendiri atau datang ke klinik sebagaimana yang disarankan pakar,” katanya.
Dia turut mencadangkan supaya kesedaran mengenai bahaya barah payu dara diberikan sejak awal remaja supaya mereka mendapat pendedahan mengenainya seawal mungkin.
Bahkan katanya, jika mampu dikesan lebih awal, ia membolehkan wanita menerima rawatan sebaik mungkin.
“Bukan semua ketulan pada payu dara itu mengundang rasa sakit. Jika tidak sakit sekali pun, ia boleh menjadi barah.
Ini bergantung kepada keadaan dan pemeriksaan sebulan sekali penting sebagai langkah pencegahan,” katanya.
Petunjuk awal menentukan sama ada seseorang itu berisiko diserang penyakit barah payu dara berdasarkan ketulan yang memudaratkan atau sebaliknya.
Dia turut mengakui, masih ramai wanita takut melakukan pemeriksaan payu dara, malah turut bimbang sekiranya langkah drastik tidak dilakukan dalam tempoh dua tahun dari sekarang, mereka berkemungkinan menghidap penyakit berkenaan.
Barah payu dara juga tidak mengenal kedudukan sama ada wanita itu miskin atau berkedudukan tinggi.
“Jika lambat melakukan pemeriksaan, agak sukar untuk mengawalnya jika penyakit itu sudah serius. Ini yang patut disedari oleh wanita bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati,” katanya.
kopi dr metro online...

No comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...